
Klinik & Surgeri Dr. Afiq menyediakan perkhidmatan rawatan ENT (Telinga, Hidung & Tekak) yang komprehensif untuk penduduk Arau, Kangar dan seluruh negeri Perlis. Dengan peralatan moden dan teknik terkini, pesakit menerima diagnosis yang tepat serta rawatan yang selesa tanpa perlu berulang-alik ke hospital besar atau bandar lain.
Klinik kami menawarkan pelbagai rawatan ENT bagi menangani masalah telinga, hidung dan tekak dengan lebih pantas dan berkesan. Antara perkhidmatan yang disediakan:
– Pembersihan & lavage telinga (microsuction)
– Pemeriksaan endoskopik telinga & hidung
– Rawatan jangkitan telinga & kulat telinga
– Penyedutan hidung & suntikan nasal
– Buang benda asing (hidung, telinga & tekak)
– Prosedur regeneratif gegendang telinga

Setiap prosedur ENT di klinik kami dijalankan menggunakan peralatan moden bagi memastikan ketepatan diagnosis dan keselesaan pesakit sepanjang rawatan. Lokasi klinik yang strategik di Arau memudahkan pesakit dari Kangar dan kawasan sekitar Perlis mendapatkan rawatan tanpa perlu menempuh perjalanan jauh.

Jangan biarkan masalah telinga, hidung atau tekak berlarutan. Hubungi Klinik & Surgeri Dr. Afiq hari ini untuk buat temujanji atau dapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan ENT di Arau dan Kangar, Perlis.