
Klinik dan Surgeri Dr. Afiq berfungsi sebagai pusat vaksinasi dan travel clinic untuk masyarakat Perlis dan Kedah Utara. Kami menyediakan pelbagai vaksin yang diperlukan untuk perlindungan peribadi, keperluan ibadah dan perjalanan antarabangsa.
Vaksin Typhoid (Demam Kepialu) Suntikan vaksin typhoid memberikan perlindungan sehingga 3 tahun terhadap jangkitan bakteria Salmonella typhi. Wajib untuk pekerja industri makanan dan disyorkan untuk pengembara ke negara dengan kebersihan air yang rendah. Harga bermula RM68.
Vaksin Meningitis (Haji dan Umrah) Vaksin meningococcal adalah vaksin wajib yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua jemaah haji dan umrah. Sijil vaksinasi akan dikeluarkan untuk tujuan permohonan visa.
Vaksin Influenza (Selesema) Vaksin flu tahunan untuk perlindungan terhadap strain influenza semasa. Disyorkan untuk warga emas, kanak-kanak, pesakit kronik dan individu yang kerap berhubung dengan orang ramai.
Vaksin Hepatitis A Perlindungan terhadap jangkitan hepatitis A yang disebarkan melalui makanan dan air yang tercemar. Disyorkan untuk pengembara ke negara membangun.
Vaksin Rabies (Pre-Exposure) Untuk individu yang berisiko tinggi terdedah kepada rabies seperti doktor haiwan, pengembara ke kawasan endemik rabies.
Kami mengeluarkan sijil vaksinasi antarabangsa (Yellow Card / ICV) yang diiktiraf oleh WHO untuk tujuan perjalanan ke negara-negara yang memerlukan bukti vaksinasi.