Kangar Jaya, Perlis
Klinik dan Surgeri Dr Afiq menyediakan perkhidmatan Emergency Clinic di Kangar, Perlis untuk pesakit yang memerlukan rawatan segera. Kami merawat pelbagai masalah kesihatan seperti demam, selesema, batuk, sakit tekak serta masalah pernafasan menggunakan rawatan moden seperti nebulizer dan suction. Klinik kami menerima pesakit dari Kangar, Arau, Kuala Perlis, Jejawi, Simpang Empat dan kawasan sekitar Perlis.
Rawatan kecemasan
Rawatan kecemasan untuk pesakit yang mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba seperti demam tinggi, jangkitan, sakit badan atau simptom yang memerlukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Rawatan demam dan selsema
Pemeriksaan dan rawatan bagi pesakit yang mengalami demam, selsema, hidung tersumbat, sakit badan dan jangkitan saluran pernafasan atas.
Rawatan batuk dan sakit tekak
Diagnosis dan rawatan untuk masalah batuk berpanjangan, sakit tekak, kahak serta jangkitan tekak yang sering berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa.
Demam
Pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca demam seperti jangkitan virus, bakteria atau penyakit lain serta rawatan yang sesuai.
Suction
Rawatan suction untuk membuang lendir atau kahak yang mengganggu pernafasan terutamanya bagi kanak-kanak atau pesakit yang mengalami masalah pernafasan.
Nebulizer
Rawatan nebulizer untuk membantu membuka saluran pernafasan bagi pesakit yang mengalami semput, batuk berkahak atau masalah pernafasan.