Klinik Perlis | Rawatan Sendi, Lutut, Buang Cyst, Cuci Telinga, Demam – Dr. Afiq Kangar

Menyediakan rawatan sendi, saraf dan PRP, di samping rawatan klinik am seperti demam, batuk dan selsema, migrain, sedut kahak serta cuci luka.

Rawatan Cepat, Selamat & Efektif – Klinik dan Surgeri Dr. Afiq Perlis

Kenapa ke Klinik dan Surgeri Dr. Afiq?

file tunjukkan klinik di perlis yang terbaik dan buat sendi dan minor surgeri

Mengapa Anda Perlukan Klinik dan Surgeri Dr. Afiq Sekarang?

Tinggal berdekatan Perlis? Anda tidak perlu jauh-jauh mencari rawatan yang berkualiti. Klinik dan Surgeri Dr. Afiq, terletak di Kangar, Perlis, bersedia membantu anda dan keluarga — dari kanak-kanak hingga warga emas — dengan perkhidmatan yang cepat, selamat dan berpatutan.

Adakah Anda Menghadapi Masalah Seperti Ini?

  • 🦵 Sakit lutut atau sendi yang mengganggu pergerakan harian anda? — Kami menawarkan rawatan tanpa pembedahan, termasuk rawatan PRP (Platelet-Rich Plasma) yang moden untuk membantu pemulihan semula jadi anda.
  • 🤚 Tangan atau kaki rasa kebas dan lemah? — Terutama bagi penghidap kencing manis atau masalah saraf, kami ada rawatan yang sesuai untuk anda.
  • 🩹 Luka yang lambat sembuh atau bernanah? — Percayakan kepada pasukan kami untuk pengurusan luka secara profesional, bersih dan selamat.
  • 👶 Bayi sukar bernafas akibat hidung tersumbat? — Perkhidmatan suction bayi kami dapat melegakan si kecil dengan cepat.
  • ✂️ Perlu buang lipoma, cyst, atau jahit luka? — Pembedahan kecil kami dilakukan dengan teliti dan selamat.
  • 🤒 Demam, batuk, selesema atau sakit tekak? — Jangan tunggu lama, datang terus dan kami uruskan untuk anda.

Klinik / Clinic

pandagan depan klinik dan surgeri dr. afiq

Klinik dan Surgeri Dr Afiq adalah pilihan utama untuk rawatan kesihatan di Kangar, Perlis. Kami melayani pesakit dari seluruh Perlis termasuk Kangar, Jejawi, Kodiang, Changlun, Kuala Perlis, dan Simpang Empat.

Dengan kemudahan lengkap dan doktor berpengalaman, kami komited memberi rawatan terbaik untuk anda dan keluarga.

Rawatan Am & Kecemasan

rawatan demam dan kecemasan di klinik dan surgeri dr afiq

Klinik Dr Afiq menyediakan perkhidmatan Emergency Clinic di Kangar, Perlis untuk pesakit yang memerlukan rawatan segera. Kami merawat pelbagai masalah kesihatan seperti demam, selesema, batuk, sakit tekak serta masalah pernafasan menggunakan rawatan moden seperti nebulizer dan suction. Klinik kami menerima pesakit dari Kangar, Arau, Kuala Perlis, Jejawi, Simpang Empat dan kawasan sekitar Perlis.

  • Rawatan Demam & Selesema
  • Rawatan Batuk & Sakit Tekak
  • Rawatan Kecemasan
  • Rawatan IV Drip
  • Suction
  • Nebulizer & Rawatan Asma

Rawatan Sendi & Saraf

rawatan sendi dan saraf di klinik dan surgeri dr. afiq perlis

Klinik dan Surgeri Dr. Afiq menyediakan rawatan bagi masalah tulang, sendi dan saraf yang sering menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan pada anggota badan.

Rawatan Sakit Lutut
Rawatan untuk masalah sakit lutut, kecederaan lutut dan kesakitan akibat penggunaan sendi berlebihan.

Rawatan Sakit Sendi
Rawatan untuk masalah sendi seperti bengkak, sakit atau kekakuan sendi.

Rawatan Kebas Tangan & Kaki
Rawatan bagi pesakit yang mengalami kebas tangan dan kaki, kesemutan atau lemah berpunca dari diabetes dan penyakit saraf

Suntikan PRP
Suntikan plasma kaya platelet untuk merangsang pertumbuhan semula tisu

Suntikan Gel dan Hydrogel
Gel dan hidrogel disuntik untuk melembap dan membaiki struktur lutut.

Pembedahan Kecil

rawatan buang cyst dan pembedahan kecil di klinik dan surgeri dr afiq

Rawatan Pembedahan kecil yand disediakan termasuk

Buang Cyst & Lipoma
Pembedahan kecil buang cyst dan lipoma dengan selamat, cepat, parut minima.

Buang Skin Tag & Tahi Lalat
Buang skin tag dengan mudah, cepat, hampir tanpa rasa sakit.

Buang Gout Tophi
Buang ketulan gout (tophi), kurangkan sakit dan bengkak segera.

Jahit Luka
Rawatan jahit luka kemas, elak jangkitan, percepat penyembuhan.

Sunat Dewasa
Menggunakan teknik yang terbaru. ZSR Stapler

Buang Abses
Pembedahan kecil untuk mengalirkan keluar nanah.

Ujian & Pemeriksaan

ujian darah dan blood test di klinik dan surgeri dr afiq kangar

Klinik dan Surgeri Dr. Afiq menyediakan pelbagai ujian makmal untuk membantu doktor membuat diagnosis dan memantau tahap kesihatan pesakit.

Ujian darah
Pelbagai ujian darah untuk memeriksa tahap kesihatan dan mengesan penyakit tertentu.

Pemeriksaan X-Ray
Pemeriksaan X-ray untuk membantu mengenalpasti masalah tulang, paru-paru dan kecederaan dalaman.

Pemeriksaan ECG
Guna elektrik untuk cek jantung

Pemeriksann Lesen GDL
Pemeriksaan kesihatan adalah syarat wajib tahunan untuk mendapatkan dan memperbaharui Lesen GDL di Malaysia

Swab test
Ujian swab untuk mengesan jangkitan virus atau bakteria.

 

Vaksinasi

vaksin typhoid dan haji di klinik dan surgeri dr. afiq

Klinik dan Surgeri Dr Afiq menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk individu yang akan melakukan perjalanan ke luar negara termasuk vaksinasi dan nasihat kesihatan perjalanan.

Vaksin typhoid
Suntikan vaksin typhoid untuk melindungi daripada jangkitan bakteria typhoid ketika melancong atau bekerja di luar negara.

Vaksin haji
Vaksinasi yang diperlukan bagi jemaah yang akan menunaikan ibadah haji atau umrah.

Travel consultation
Perundingan dengan doktor mengenai kesihatan sebelum melakukan perjalanan ke luar negara.

Nasihat kesihatan perjalanan
Nasihat kesihatan untuk membantu pesakit kekal sihat semasa perjalanan termasuk pencegahan penyakit.

Suntikan & Rawatan Kronik

suntikan perlis vitamin untuk tenaga dan kesihatan

Klinik dan Surgeri Dr. Afiq menyediakan rawatan suntikan (injection) di Perlis yang dilakukan oleh doktor berpengalaman untuk pelbagai keperluan perubatan.

Suntikan untuk Tahan Sakit
Rawatan suntikan untuk melegakan kesakitan seperti sakit sendi, sakit belakang dan radang otot dengan kesan yang lebih cepat.

Suntikan Vitamin dan Tenaga
Suntikan untuk membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan keletihan dan menyokong kesihatan badan secara keseluruhan.

Suntikan Anti-Radang
Digunakan untuk mengurangkan keradangan, bengkak dan mempercepatkan proses pemulihan kecederaan.

Suntikan Antibiotik
Rawatan suntikan untuk jangkitan tertentu yang memerlukan tindakan cepat dan lebih berkesan berbanding ubat makan.

Review Youtube

Pesakit dari Beseri, Perlis setelah 2 minggu dapatkan rawatan PRP lutut di Klinik Dr. Afiq.

Pesakit dari Padang Behor Perlis yang mengalami kebas dan cramp. Testimoni rawatan di  Klinik dan Surgeri Dr. Afiq.

Update Tuan Megat dari Simpang Empat Perlis selepas 1 minggu rawatan sciatica di Klinik dan Surgeri Dr. Afiq

Hidup Bebas Dari Sakit

Dapatkan konsultasi segera, book appoinment dengan Doktor Afiq hari ini.

Klinik dan Surgeri Dr. Afiq place picture
5.0
Based on 78 reviews
powered by Google
RAHMAH AB RAHIM profile picture
RAHMAH AB RAHIM
03:02 14 Mar 26
Thank God I got nerve treatment here.. I feel less pain even though it's just the first treatment. The doc & staff are friendly
amy not my name profile picture
amy not my name
09:50 05 Mar 26
Everything can be explained in detail
Farhan Hanif profile picture
Farhan Hanif
03:30 05 Mar 26
very friendly staff. fast. easy. recommend.
Fayyadh Rizqi profile picture
Fayyadh Rizqi
07:11 01 Mar 26
Comfortable place and friendly doc... thanks dr..
Bisrah profile picture
Bisrah
08:47 27 Feb 26
Zarinaa Kamis profile picture
Zarinaa Kamis
09:25 13 Feb 26
Faris Ayishz profile picture
Faris Ayishz
08:01 13 Feb 26
Rosnah Saad profile picture
Rosnah Saad
02:40 12 Feb 26
Matnuaq90 Nuaq profile picture
Matnuaq90 Nuaq
07:59 10 Feb 26
the best👍👍
Yamilah 01 profile picture
Yamilah 01
03:19 10 Feb 26
Zatul Afiqah profile picture
Zatul Afiqah
11:48 09 Feb 26
Doc & staff very friendly.. Doc explained well and I'm satisfied with the treatment process (phlegm suction). 👍
Loy Teik Kooi profile picture
Loy Teik Kooi
07:11 05 Feb 26
lim kim profile picture
lim kim
05:06 05 Feb 26
Nice environment
Hariz Ali profile picture
Hariz Ali
11:40 03 Feb 26
Good doctor
Azmi ABDUL RAHIM profile picture
Azmi ABDUL RAHIM
02:58 03 Feb 26
ibnu jack profile picture
ibnu jack
07:34 29 Jan 26
Yusliyana Batrisyia profile picture
Yusliyana Batrisyia
03:35 26 Jan 26
Good service. Thank you.
Ikmal Azwan profile picture
Ikmal Azwan
08:13 24 Jan 26
I had a fantastic experience with Dr. Afiq. He was extremely thorough, took the time to listen to my concerns about a new mole, and explained the procedure clearly, which put my mind at ease. The office staff was friendly, and the clinic was very clean and professional. Highly recommended!"
leong fong profile picture
leong fong
04:10 12 Jan 26
Dr service very good.Feel comfortable visit Dr Afiq.
Aliff Iman profile picture
Aliff Iman
09:24 26 Dec 25
Really appreciate the friendly staff for letting us use the toilet even though we weren’t customers. Thanks for the kindness!
Muhammad Afiq profile picture
Muhammad Afiq
05:14 20 Dec 25
They provide very good service and treatment. Highly recommended

Klinik Dan Surgeri Dr. Afiq

“Penjagaan Kesihatan Terbaik Untuk Keluarga Anda”

📍 Alamat:
8, Jalan Kangar Jaya 4, Kangar Jaya, 01000 Kangar, Perlis

🕒 Waktu Operasi:

  • Isnin, Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad: 8:30 pagi – 9:00 malam

  • Selasa: 8:30 pagi – 5:00 petang

  • Rabu: Tutup

📞 Hubungi / Tempah Janji Temu:
✔️ WhatsApp / Call: +60198859313
✔️ Book sekarang di: BookingDrAfiq
✔️ Walk-in dialu-alukan, tetapi tempahan janji temu lebih diutamakan untuk mengelakkan sesak.