Kangar Jaya, Perlis
Suntikan PRP (Platlet-Rich Plasma) ialah rawatan yang menggunakan platelet dari darah anda sendiri untuk merawat sendi yang sakit.
Ia digabungkan dengan gel pelincir khas yang disuntik terus ke sendi (seperti lutut atau bahu). Gabungan ini berfungsi untuk:
Mengurangkan kesakitan dengan serta-merta
Memperbaiki pergerakan sendi
Merangsang badan untuk membaiki tulang rawan yang rosak
Prosesnya selamat, menggunakan bahan dari badan sendiri, dan membantu sendi pulih secara semula jadi.
Suntikan Vitamin ialah rawatan dengan menyuntik vitamin dan nutrien terus ke dalam aliran darah.
Ia memberi manfaat seperti:
Penyerapan maksimum – badan guna 100% tanpa had pencernaan.
Tenaga serta-merta – rasa bertenaga dan segar dengan cepat.
Sokongan imun – tingkatkan sistem pertahanan badan.
Kesihatan kulit – kulit lebih berseri dan sihat.
Sesuai untuk mereka yang sibuk, penat kronik, atau perlukan nutrien tambahan. Rawatan ini pantas, selamat, dan disesuaikan dengan keperlian anda.
Rawatan Saraf merangkumi pendekatan khusus untuk masalah berkaitan sistem saraf, sama ada saraf terjepit, kecederaan, atau sakit neuropatik (seperti kebas, menusuk, atau terbakar).
Jenis Rawatan yang Ditawarkan:
Suntikan Epidural / Suntikan Tepat: Untuk melegakan keradangan dan sakit pada saraf tunjang atau saraf yang terhimpit (contohnya di bahagian belakang, leher, atau kaki).
Suntikan Saraf Periferi: Menargetkan saraf tertentu di luar saraf tunjang untuk mati rasa sementara dan mengurangkan kesakitan.
Radiofrequency Ablation (RFA): Prosedur menggunakan haba untuk ‘mematikan’ isyarat sakit dari saraf tertentu, memberi kelegaan jangka panjang.
Terapi Fizikal & Rehabilitasi: Latihan khas untuk menguatkan otot, memperbaiki postur, dan mengurangkan tekanan pada saraf.
Rawatan Am ialah perkhidmatan asas kesihatan untuk semua peringkat usia. Klinik kami menyediakan penjagaan menyeluruh untuk keperluan harian dan masalah kesihatan ringan.
Perkhidmatan termasuk:
Pemeriksaan dan diagnosis oleh doktor
Rawatan penyakit biasa (demam, selsema, jangkitan)
Pemeriksaan kesihatan asas (tekanan darah, paras gula)
Rawatan luka kecil dan jahitan
Rujukan ke pakar jika perlu
terapi pernafasan untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan seperti lelah (asma), COPD, atau jangkitan paru-paru.
Nebulizer mengubah ubat cecair kepada wap halus, disedut terus ke paru-paru untuk:
Buka saluran pernafasan dengan pantas
Kurangkan sesak nafas serta-merta
Legakan kahak dan batuk
Oksigen diberikan melalui tiub hidung atau topeng untuk:
Tingkatkan paras oksigen dalam darah
Kurangkan beban jantung ketika bernafas
Bantu pesakit bertenaga dan selesa
Cuci Luka adalah rawatan penting untuk membersihkan, membasmi kuman, dan mengelakkan jangkitan pada luka atau kudis.
Proses rawatan:
Pembersihan luka dengan larutan steril
Pembuangan tisu mati atau benda asing
Pembalutan dengan kain bersih
Kebaikan:
Cegah jangkitan – kurangkan risiko komplikasi
Pulih lebih cepat – proses penyembuhan optimum
Kurangkan parut – penjagaan awal dapat minimakan parut
Kami menawarkan perkhidmatan Drip / Tambah Air yang selamat dan berkesan untuk menghidrat, menyegarkan, dan menyokong keperluan nutrisi badan anda secara langsung.
Proses Rawatan Terkawal Kami:
Konsultasi Awal – Penilaian keperluan dan pemilihan formulasi yang bersesuaian.
Infusi Steril & Selesa – Proses drip yang selamat dan diawasi oleh kakitangan terlatih.
Pemantauan Profesional – Keselesaan dan keselamatan anda dipantau sepanjang sesi
Sedut Kahak: Bantuan Segera untuk Pernafasan yang Lebih Lega
Kami menyediakan perkhidmatan Sedut Kahak untuk melegakan kesesakan pernafasan akibat kahak, selsema, asma, atau jangkitan saluran pernafasan. Rawatan ini membantu mencairkan kahak tebal dan mengurangkan keradangan, agar anda dapat bernafas dengan lebih lancar dan selesa.
Kebaikan Utama Rawatan:
Legakan Segera – Kahak cair dan mudah dikeluarkan.
Kurangkan Kesesakan – Saluran pernafasan lebih terbuka dan kurang radang.
Selesa & Cepat – Sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak dan warga emas.
Dapatkan konsultasi peribadi dan rawatan tepat mengikut keperluaan kesihatan anda bersama Dr. Afiq, doktor berpengalaman yang komited memberikan penjagaan terbaik.